Wednesday, May 12, 2010

Pengurusan

Pengurusan penyu Jabatan Perikanan Malaysia.




Pengurusan

1. Pemantauan pendaratan penyu

Setiap pendaratan penyu diseluruh Negara akan direkodkan dan data dikumpulkan untuk kajian dan laporan.



2. Pemantauan hatceri penyu

Hatceri Penyu


Selain sistem eraman insitu, telor penyu yang dipungut dikawasan pendaratan akan dieramkan di hatcheri.Segala maklumat akan dikumpul untuk dianalisa di makmal.



3. Pemantauan kematian penyu

Akibat beberapa faktor kematian penyu memang tidak dapat dielakkan. Maklumat kematian seperti tarikh, lokasi, ukuran, jantina dan sebab kematian akan dianalisa untuk diambil tindakan.



4. Penguatkuasaan perairan.

Cawangan Marin Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa menjalankan rondaan penguatkuasaan untuk memantau aktiviti nelayan agar segala peraturan dipatuhi demi menjaga khazanah laut negara.



Usaha Konservasi

1. Hatceri penyu

Hatcheri penyu akan dibina di setiap kawasan yang banyak pendaratan penyu untuk bertelor. Dua teknik eraman telor iaitu secara insitu dan didalam hatcheri dipraktikan.



2. Penubuhan santuari penyu Ma’Daerah

Santuari penyu Ma Daerah diujudkan untuk memulihara kawasan pendaratan penyu. Kawasan ini telah diwartakan dan dikawal secara berjadual untuk menjamin keselamatan penyu di sini.



3. Gotong-royong pantai penyu

Pantai yang bersih memberikan keselesaan dan keselamatan untuk penyu.bertelor. Program gotong royong sentiasa diadakan di kawasan pantai pendaratan penyu yang mana disertai oleh pelbagai agensi dan lapisan masyarakat.



4. Program pelepasan anak penyu.

Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat melihat secara lebih dekat penyu.





Penyelidikan

1. Kajian migrasi penyu

Kajian dan penyelidikan sentiasa dilakukan keatas penyu, antaranya kajian migrasi yang mana untuk mengetahui sejauh manakah penghijrahan haiwan tersebut ke satu satu kawasan.



Pendidikan dan Latihan

1. Kem kesedaran marin

Generasi akan datang perlu disemai dari awal lagi agar menyayangi khazanah alam kita. Oleh itu pelbagai aktiviti diadakan termasuklah kem kesedaran untuk memberi maklumat dan pemahaman perihal penyu.



Maklumat

1.Poster.

Maklumat, gambar, sejarah dan bahan pameran amat penting untuk memberi pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat. Pusat Penerangan penyu yang terdapat di Rantau Abang, telah diujudkan sekian lama sebagai salah satu pusat penerangan dan pemberi maklumat yang terperinci perihal penyu.



Konservasi penyu oleh badan badan bukan kerajaan.



WWF Malaysia, MEKAR,PETRONAS, BP dan badan bukan kerajaan yang lain.

1. Kem Kesedaran Penyu

Tujuan kem ini diadakan untuk menanam sikap menghargai khazanah alam kita. Kem ini disertai oleh pelbagai pihak seperti pelajar sekolah, agensi swasta dan pelancong dalam dan luar negara



2. Pameran

Pameran diadakan untuk memberi maklumat dan meningkatkan kesedaran mengenai penyu.



3. Penyelidikan

Kajian yang dibuat berkenaan migrasi

Penyu dan sebagainya.



4. Komuniti.

Berganding bahu bersama dengan pihak kerajaan dalam program gotong royong membersihkan pantai pendaratan penyu.



5. Sumbangan derma.

No comments:

Post a Comment