Wednesday, May 12, 2010

Ciri-Ciri fizikal Dan Biologi Penyu

* PENDENGARAN – tulang tunggal di dalam telinga untuk mengesan gegaran bunyi


* PENGLIHATAN – Melihat dengan jelas di dalam air tapi rabun jauh semasa di daratan

* BERNAFAS UDARA – P.Belimbing boleh menyelam hingga lebih 100meter untuk cari obor-obor. P.Agar boleh menyelam hingga 5 jam, P. Karah hanya 35 – 45 minit.

* PERILAKU SOSIAL – Penyu berkumpul untuk mengawan dan sesetengahnya berhijrah ke kawasan bertelur. Sebaliknya anak penyu akan hidup bersendirian hingga matang.

* Penyu jantan dan betina tidak boleh dibezakan secara luaran hingga mereka mencapai kematangan. Penyu jantan akan mempunyai ekor yang lebih panjang & besar

* P. Belimbing adalah penyu terbesar. Rekod terbesar pernah ditemui – seberat 916 kg

* Hanya penyu betina naik ke pantai untuk bertelur. Sebaik sahaja bertelur, ibu penyu akan meninggalkan sarang buat selama-lamanya.

* Bertelur purata 5-8 kali semusim (selang masa 2 minggu setiap peneluran)

* Mengambil masa 20 – 50 tahun untuk matang

* Hanya seekor daripada 1000 – 5000 tetasan diramal berjaya hidup ke peringkat matang.

No comments:

Post a Comment