Wednesday, May 12, 2010

Ancaman Kepada Penyu

Pengenalan
Penyu termasuk di dalam spesies yang terancam dan sedang mengalami penurunan populasi yang serius. Ancaman kepada penyu ini bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu ancaman semulajadi dan ancaman manusia. Kesan kemusnahan buatan manusia memberi kesan yang paling ketara seperti kawasan tepi pantai yang mengalami pembangunan secara besar-besaran, akan mengakibatkan pengurangan pendaratan penyu di pantai, penangkapan secara tidak sengaja di dalam pukat nelayan contohnya pukat tunda dan pukat pari telah menyebabkan kematian yang tinggi. Disebabkan oleh ancaman-ancaman tersebut, adalah dijangkakan bahawa 10,000 anak penyu diperlukan untuk mendapatkan seekor ibu penyu matang yang berusia 20 hingga 30 tahun.

No comments:

Post a Comment