Wednesday, May 12, 2010

Penetasan Anak Penyu


Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus berebut-rebut menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Ini adalah kerana tanpa cahaya buatan, langit di laut akan sentiasa lebih terang daripada langit di daratan, samada pada waktu siang ataupun malam. Ini disebabkan oleh balikan cahaya ke langit oleh air laut. Disebabkan oleh fakta ini, lampu hotel, rumah dan lampu jalan di persisiran pantai boleh menjadi ancaman dengan menyebabkan anak-anak penyu tersebut sesat dan mudah menjadi mangsa apabila siang menjelma.
Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa. Pakar sains meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun. Anak-anak penyu di percayai akan menghabiskan masa mencari makanan di permukaan air. Kebanyakan anak penyu akan menghabiskan masa mereka mencari makanan di kawasan persisiran pantai kecuali anak-anak penyu Belimbing yang akan berenang jauh ke laut lepas. Pada masa kini, tidak banyak yang diketahui tentang di mana anak-anak penyu Belimbing pergi di peringkat remaja mereka.

No comments:

Post a Comment