Thursday, April 29, 2010

Turtle

Terdapat 7 spesies penyu di dunia pada masa ini dan empat daripadanya mendarat di pantai-pantai di Malaysia.
Empat spesies penyu tersebut ialah :
  • Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
  • Penyu Agar (Green Turtle)
  • Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
  • Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)


1. Penyu Belimbing
Nama Inggeris: Leatherback Turtle
Nama saintifik: Dermochelys coriacea
Biologi :
  • Penyu ini adalah spesis penyu yang terbesar antara penyu yang terdapat di dunia. Saiz badannya boleh mencapai sehingga 2m dan beratnya melebihi 500kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing.
  • Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih.
  • Bahagian atas mulutnya yang melengkung untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya dan hidupan laut lembut yang lain.
  • Musim bertelurnya antara Mei-Ogos. Ia menghasilkan antara 60-120 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat 5-6.5cm. Di Malaysia penyu Belimbing hanya terdapat di negeri Terengganu dan Pahang sahaja.
  • Purata kekerapan pendaratan dalam semusim penyu ini adalah 1-7 kali semusim dengan selang antara pendaratan selama 10 hari.
  • Tempoh pengeraman adalah 50-60 hari


2. Penyu Agar
Nama Inggeris: Green Turtle
Nama saintifik: Chelonia mydas
Biologi :

  • Juga dikenali sebagai ‘penyu hijau’ disebabkan kandungan lemak badannya berwarna hijau.
  • Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu ini mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya.
  • Saiz badannya adalah antara 1-2m dan beratnya boleh mencapai 270kg.
  • Makanan utama penyu ini adalah rumpai laut dan rumpair.
  • Musim bertelurnya adalah antara bulan April-September dan ia menghasilkan antara 80-140 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit lembik dan bergaris pusat 3-4cm
  • Penyu ini boleh mendarat sehingga 9 kali peneluran dalam semusim dan selang antara pendaratan adalah 10-12hari.
  • Tempoh pengeraman adalah 45-65 hari bergantung kepada suhu sarang.
  • Penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan,Negeri Sembilan,Selangor dan Perlis.


3. Penyu Karah

Nama Inggeris:
Hawksbill Turtle
Nama saintifik: Eretmochelys imbricata
Biologi :

  • Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ia senang dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindih menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat.
  • Bentuk mulutnya menyerupai paruh burung helang.
  • Saiz badannya sederhana dan saiz cengkerangnya antara 70-90cm. Berat badannya boleh mencapai sehingga 75kg.
  • Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang.
  • Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur sebanyak 90-120biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
  • Penyu ini terdapat di Terengganu,Melaka,Pahang,Johor,Sabah dan Sarawak.


4. Penyu Lipas
Nama Inggeris: Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik: Lepidochelys olivacea
Biologi :
  • Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia.
  • Purata saiz badannya adalah antara 50-70sm panjang dengan berat badannya antara 30-60kg.
  • Warna badannya gelap atau hijau tua buah zaitun.
  • Makanannya adalah ketam,udang dan kerang-kerangan kecil.
  • Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur antara 90-130biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
  • Penyu ini terdapat di Terengganu,Pahang,Penang dan sedikit di sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment