Empat spesies penyu tersebut ialah :
- Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
- Penyu Agar (Green Turtle)
- Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
- Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)
1. Penyu Belimbing
Nama Inggeris: Leatherback Turtle
Nama saintifik: Dermochelys coriacea
Biologi :
- Penyu ini adalah spesis penyu yang terbesar antara penyu yang terdapat di dunia. Saiz badannya boleh mencapai sehingga 2m dan beratnya melebihi 500kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing.
- Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih.
- Bahagian atas mulutnya yang melengkung untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya dan hidupan laut lembut yang lain.
- Musim bertelurnya antara Mei-Ogos. Ia menghasilkan antara 60-120 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat 5-6.5cm. Di Malaysia penyu Belimbing hanya terdapat di negeri Terengganu dan Pahang sahaja.
- Purata kekerapan pendaratan dalam semusim penyu ini adalah 1-7 kali semusim dengan selang antara pendaratan selama 10 hari.
- Tempoh pengeraman adalah 50-60 hari
2. Penyu Agar
Nama Inggeris: Green Turtle
Nama saintifik: Chelonia mydas
Biologi :
- Juga dikenali sebagai ‘penyu hijau’ disebabkan kandungan lemak badannya berwarna hijau.
- Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu ini mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya.
- Saiz badannya adalah antara 1-2m dan beratnya boleh mencapai 270kg.
- Makanan utama penyu ini adalah rumpai laut dan rumpair.
- Musim bertelurnya adalah antara bulan April-September dan ia menghasilkan antara 80-140 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit lembik dan bergaris pusat 3-4cm
- Penyu ini boleh mendarat sehingga 9 kali peneluran dalam semusim dan selang antara pendaratan adalah 10-12hari.
- Tempoh pengeraman adalah 45-65 hari bergantung kepada suhu sarang.
- Penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan,Negeri Sembilan,Selangor dan Perlis.
3. Penyu Karah
Nama Inggeris: Hawksbill Turtle
Nama saintifik: Eretmochelys imbricata
Biologi :
- Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ia senang dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindih menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat.
- Bentuk mulutnya menyerupai paruh burung helang.
- Saiz badannya sederhana dan saiz cengkerangnya antara 70-90cm. Berat badannya boleh mencapai sehingga 75kg.
- Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang.
- Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur sebanyak 90-120biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
- Penyu ini terdapat di Terengganu,Melaka,Pahang,Johor,Sabah dan Sarawak.
4. Penyu Lipas
Nama Inggeris: Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik: Lepidochelys olivacea
Biologi :
- Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia.
- Purata saiz badannya adalah antara 50-70sm panjang dengan berat badannya antara 30-60kg.
- Warna badannya gelap atau hijau tua buah zaitun.
- Makanannya adalah ketam,udang dan kerang-kerangan kecil.
- Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur antara 90-130biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
- Penyu ini terdapat di Terengganu,Pahang,Penang dan sedikit di sabah dan Sarawak.